Optimus Prime Edisi Canon R5 Kini Boleh Dimiliki Peminat Fotografi Dan Transformers

Optimus Prime mungkin adalah robot fiksyen yang paling terkenal di dunia sejak muncul dalam siri animasi Transformers. Berdekad sudah berlalu sejak siri asal di dekad 80an, tetapi peminat masih membeli produk yang menggunakan imej Optimus Prime. Takara Tomy hari ini mengumumkan figura aksi Optimus Prime edisi Canon R5.

Jika selama ini Optimus berubah menjadi sebuah kepala lori, dalam edisi ini ia berubah menjadi sebuah kamera Canon EOS R5 C. Bahagian lensa boleh ditanggalkan dengan tubuh kamera berubah menjadi Optimus. Dalam mod kamera, figura ini mempunyai saiz yang sama dengan sebuah Canon R5 sebenar.

Selain edisi Optimus Prime, edisi Decepticon Refraktor turut ditawarkan. Refraktor memang sebuah robot yang berubah menjadi kamera SLR dalam siri animasi Tranformers G1. Optimus Prime R5 dijual di Jepun pada harga 19,800 Yen (~RM654) sebuah.

(Sumber ; Amanz)

Telah dilihat (49)

Jom! Tinggalkan Komen

*Daftar masuk dahulu sebelum meniggalkan komen

Tiada Komen

Tiada Komen

Tiada lagi komen untuk artikel ini. Jadi yang pertama untuk komen!

Leave a Reply

*Sila Log Masuk untuk meninggalkan komen.

Leave a Reply

Artikel Berkaitan

Ads. (2) Powered by ZS Network Enterprise

Ads. (2) Powered by ZS Network Enterprise

*Maaf portal berita ini hanya boleh dibaca dan dilihat melalui ‘Smart Phone’ atau Komputer sahaja.

Selamat Datang

>User_Dekstop<

>User_Mobile<